Warisan tidak bertanding di Parlimen Padang Serai

Parti Warisan
Parti Warisan
A
A
A

KOTA KINABALU - Parti Warisan (Warisan) memutuskan untuk tidak bertanding di Parlimen Padang Serai yang akan diadakan pada 7 Disember depan.

Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua Jr berkata, Warisan mengambil maklum mengenai pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang telah menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh hari pengundian bagi Parlimen Padang Serai.

"Warisan mengambil maklum pengumuman tersebut dan telah memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam pilihan raya berkenaan.

"Pihak SPR sudah pun dimaklumkan mengenai keputusan Warisan terlebih dahulu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Loretto bagaimanapun berkata, logo Warisan masih akan tersenarai dalam kertas undi oleh kerana sudah didaftarkan sebagai salah satu parti yang akan bertanding di Parlimen Padang Serai pada 5 November lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini, Warisan antara parti yang akan bertanding di kerusi itu dan menamakan Mohd Bakhri Hashim sebagai calon parti itu, namun pilihan raya terpaksa ditangguhkan susulan calon Pakatan Harapan (PH), M Karupaiya, 69, meninggal dunia di Hospital Kulim, Kedah, dipercayai akibat serangan jantung dan komplikasi kesihatan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!