Detik yang dinantikan terungkai

Suhaimi
Suhaimi
A
A
A
KUALA NERUS – “Detik inilah yang dinantikan seluruh rakyat Malaysia”, Itu perkataan pertama yang dinyatakan calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Kuala Nerus, Datuk Seri Suhaimi Hashim setelah ditanya berhubung pelantikan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Menurutnya, doa rakyat Malaysia yang faham akan keadaan semasa negara yang mahukan Anwar memimpin negara ke arah lebih baik dimakbulkan apabila PH memenangi 82 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November lalu.

“Alhamdulillah akhirnya tuhan makbulkan doa rakyat Malaysia dan akan menjadi negara bangsa yang baik, Insya-ALLAH. Kita akan dapat imej baharu sebagai sebuah negara baharu yang lebih ‘fresh’. Kita akan cuba menyaingi semua negara Asia lain,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.



Suhaimi turut mengajak semua rakyat bersama-sama membantu Anwar membangunkan semula dan memulihkan ‘kesakitan’ negara.

“Saya berjanji akan berusaha sedaya upaya saya sekiranya diberi ruang untuk membantu pembangunan negara ini dan juga membangunkan semula minda rakyat yang telah lama dipesongkan oleh pihak-pihak tertentu,” jelas Ahli Jawatankuasa PH Terengganu itu.

Penantian rakyat terjawab hari ini apabila Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Artikel Berkaitan:


Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!