Neuer kecewa persembahan Jerman

Manuel Neuer - Foto EPA
Manuel Neuer - Foto EPA
A
A
A

PENJAGA gol Jerman, Manual Neuer mempersoalkan ketidakmampuan rakan sepasukannya untuk melihat kemenangan selepas gergasi bola sepak dunia itu mempersiakan kelebihan satu gol ketika tewas 1-2 kepada Jepun dalam perlawanan pembukaan Kumpulan E, Piala Dunia Qatar 2022.

Malah kapten Jerman itu menyifatkan skuad edisi Qatar 2022 tidak memiliki naluri pembunuh ketika berdepan pasukan matahari terbit dari Asia berkenaan.

“Saya benar-benar kecewa kerana kami berhenti bermain selepas mendahului pasukan lawan, selain kurang naluri pembunuh di depan gawang.

"Kami mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol, namun pada masa nasib malang berjalan seiring bersama pasukan sepanjang perlawanan. Apabila keperluan kami untuk menjaringkan gol kedua hilang selepas mendahului kedudukan. Kami sebenarnya membawa Jepun kembali ke dalam permainan.

"Selepas rehat, kami tidak mempunyai aliran permainan itu lagi, tidak bermain dengan keyakinan diri yang kami ada pada separuh masa pertama. Ia agak sukar kerana mereka bermula lebih tinggi tetapi kami masih perlu bermain dengan baik," katanya.

Pada perlawanan Kumpulan E Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha itu, İlkay Gündogan terlebih dulu meletakkan skuad kendalian Hansi Flick itu di depan pada minit ke-11.

Namun Jepun bangkit di babak kedua menerusi dua pemain simpanan Ritsu Doan (75') dan Takuma Asano (83') untuk kemenangan 2-1.

Sementara itu, Flick berkata, “Dengan kekalahan ini tiada mata dan kami berada di bawah tekanan, tidak ada persoalan mengenai perkara ini.

Artikel Berkaitan:

“Kita harus dipersalahkan. Kita hanya boleh menyalahkan diri sendiri. Kita perlu pastikan boleh keluar dari ini. Kita perlu berani," jelas beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!