Kerajaan Kelantan harapkan semangat Persekutuan

Mohd Amar ditemui pemberita selepas Persidangan Kali ke-3 (Belanjawan) Penggal ke-5 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-14 di Kota Darul Naim, di Kota Bharu, pada Khamis.
Mohd Amar ditemui pemberita selepas Persidangan Kali ke-3 (Belanjawan) Penggal ke-5 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-14 di Kota Darul Naim, di Kota Bharu, pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan mengharapkan kerajaan yang baru dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dapat menghormati semangat Persekutuan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tidak kira daripada mana-mana parti sekalipun, semangat Persekutuan perlu dihormati dan dilaksanakan dengan baik.

“Mana-mana projek yang sudah diluluskan dan dimulakan perlu diteruskan demi kebaikan seluruh rakyat di negeri Kelantan.

“Diharap projek-projek tidak tergendala atau tersekat oleh isu atau agenda politik kerana kesemua projek adalah untuk rakyat,” katanya selepas Persidangan Kali ke-3 (Belanjawan) Penggal ke-5 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-14 di Kota Darul Naim, di sini, pada Khamis.

Menurutnya, apa-apa pun projek dilaksanakan, yang mendapat manfaat dan faedah adalah rakyat manakala peranan kerajaan adalah sekadar orang tengah dalam menyiapkan projek-projek berkenaan.

Dalam pada itu, kata beliau, kerajaan negeri belum melakukan sebarang perbincangan untuk pembubaran DUN Kelantan.

“Kita tidak boleh melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) awal kerana ingin memberi rehat kepada petugas-petugas parti yang mengerah keringat pada PRU15 lalu.

“Kita juga perlu prihatin dengan pengundi-pengundi luar yang baru sahaja pulang ke tempat-masing. Kalau kita buat segera, kasihanlah mereka,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Mohd Amar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor berkata, Kelantan masih mempunyai tempoh sehingga Mei nanti.

“Jika sehingga Mei DUN belum dibubar, maka akan terbubar secara automatik.

“Selepas itu, kita ada masa sehingga Julai untuk mengadakan PRN,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!