Yakin Anwar mampu stabilkan pentadbiran negara: Mahfuz

Mahfuz - Foto FB Mahfuz Omar
Mahfuz - Foto FB Mahfuz Omar
A
A
A

ALOR SETAR - Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 diyakini mampu menstabilkan semula pentadbiran negara.

Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, segala rintangan dan ranjau yang pernah dilalui oleh Anwar sebelum ini akan menjadi azimat untuk beliau mentadbir negara dengan adil dan penuh integriti.

"Alhamdulillah, atas kebijaksanaan dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Perdana Menteri ke-10 telah dilantik.

"Dengan pengalaman luas dan hubungan baik dengan negara luar, Dato Seri Anwar dapat membawa Malaysia kembali menjadi sebuah negara yang dihormati dan disegani," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis."

Menurut Naib Presiden Parti Amanah Negara itu, hasrat PH untuk menentang dan menghapuskan rasuah serta memartabatkan negara pastinya akan menjadi tunjang utama pentadbiran kerajaan yang diterajui Anwar.

"Semoga negara makmur dan bersih dari rasuah yang kita cita-citakan bersama menjadi kenyataan," ujar Mahfuz lagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!