Guna kurier hantar dadah ke Jepun

1
1
A
A
A

BUKIT MERTAJAM -Tindakan seorang lelaki yang menggunakan khidmat kurier untuk menghantar bekalan dadah ke Jepun mengundang padah apabila dia berjaya diberkas dalam satu serbuan di Alor Setar, Kedah pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada pekerja pusat khidmat kurier berkenaan yang terletak di Taman Inderawasih di sini pada 10 April lalu mengenai satu bungkusan mencurigakan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan pada bungkusan berkenaan menemui tiga bungkusan aluminium foil yang mengandungi dadah jenis methamphetamine, ketamin dan erimin 5.

2
2

"Berdasarkan maklumat pengirim yang tertera pada bungkusan tersebut, polis telah berjaya menjejaki suspek berkenaan dan dia ditangkap di tepi Jalan Kompleks Perniagaan Utama, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada hari berikutnya.

"Susulan daripada tangkapan itu membawa kepada serbuan di sebuah rumah Taman Setia, Alor Setar dan menemui lagi sejumlah dadah serta sepucuk pistol disyaki tiruan jenama 'Smith Wesson' yang di dalam kelopaknya mengandungi enam butir peluru disyaki tiruan," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, turut ditemui 50 biji power ball 177 caliber dan empat kotak setiap satu mengandungi lima butir kapsul katrij gas.

Katanya, siasatan awal terhadap suspek yang berusia 27 tahun itu mengakui dia mendapatkan semua bekalan dadah tersebut daripada dua lelaki di Jalan Pegawai, Alor Setar dan di kawasan Queensbay, Bayan Lepas.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM5,033.

"Suspek terus dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk tindakan lanjut dan akan didakwa di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen12(2) akta yang sama selain Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!