Anwar tiba di Istana Negara ditemani Wan Azizah

Kenderaan jenis BMW berwarna hitam yang membawa Anwar tiba di Pintu 1, lstana Negara kira-kira jam 4.32 petang Khamis.
Kenderaan jenis BMW berwarna hitam yang membawa Anwar tiba di Pintu 1, lstana Negara kira-kira jam 4.32 petang Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kenderaan jenis BMW berwarna hitam yang membawa bakal Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di pintu satu lstana Negara kira-kira jam 4.32 petang tadi.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dijadualkan mengangkat sumpah di lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri pada jam 5 petang ini di lstana Negara.

Beliau yang segak berbaju Melayu hitam itu turut ditemani isteri tercinta, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan diiringi pasukan polis pengiring, Unit Tindakan Khas (UTK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lapan kenderaan lain.

Sementara itu, perkarangan Pintu 2 Istana Negara turut menyaksikan kemeriahan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berkumpul di luar Istana Negara sejak jam 3 petang tadi.

Laungan 'reformasi' lebih 100 penyokong PH mula bergema di hadapan pintu masuk tersebut.

Pada Khamis, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan pada Khamis berkata, Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri dijadualkan pada jam 5 petang ini di lstana Negara.

Beliau berkata, keputusan pelantikan itu dibuat setelah Seri Paduka Baginda memperhalusi titah pandangan Raja-Raja Melayu pada sesi perbincangan khas yang berlangsung bermula jam 11 pagi Khamis.

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu itu dijalankan sebagai usaha Yang di-Pertuan Agong merungkai kemelut pembentukan kerajaan.

Artikel Berkaitan:


Perbincangan khas itu bertujuan membolehkan Tuanku mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu dalam membuat keputusan mengenai pelantikan Perdana Menteri ke-10.



Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!