Anwar keluar Istana Negara selepas angkat sumpah PM ke-10

Anwar dan Wan Azizah melambaikan tangan ketika meninggalkan Istana Negara.
Anwar dan Wan Azizah melambaikan tangan ketika meninggalkan Istana Negara.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kenderaan jenis BMW berwarna hitam yang membawa Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat meninggalkan Pintu 1 lstana Negara kira-kira jam 6.35 petang tadi.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu selesai mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Beliau yang segak berbaju Melayu hitam itu turut ditemani isteri tercinta, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan diiringi pasukan polis pengiring, Unit Tindakan Khas (UTK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lapan kenderaan lain.

Difahamkan beliau akan menuju ke Sungai Long Club House bagi mengadakan satu sidang akhbar sebaik selesai istiadat angkat sumpah tersebut.

Pada Khamis, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Kenderaan jenis BMW berwarna hitam yang membawa Anwar dilihat meninggalkan Pintu 1 lstana Negara.
Kenderaan jenis BMW berwarna hitam yang membawa Anwar dilihat meninggalkan Pintu 1 lstana Negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan pada Khamis berkata, keputusan pelantikan itu dibuat setelah Seri Paduka Baginda memperhalusi titah pandangan Raja-Raja Melayu pada sesi perbincangan khas yang berlangsung bermula jam 11 pagi Khamis.

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu itu dijalankan sebagai usaha Yang di-Pertuan Agong merungkai kemelut pembentukan kerajaan.

Artikel Berkaitan:

Perbincangan khas itu bertujuan membolehkan Tuanku mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu dalam membuat keputusan mengenai pelantikan Perdana Menteri ke-10.


Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!