Anwar ulang tidak ambil gaji PM
KAJANG - [DIKEMAS KINI] Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi sekali lagi pendirian tidak akan mengambil gaji Perdana Menteri.
Menurutnya, keputusan tersebut merupakan langkah pertama untuk memulih keyakinan rakyat terhadap pimpinanannya.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan pemberita mengenai pendiriannya berhubung gaji Perdana Menteri."Fasal apa nak paksa saya tidak terima gaji," katanya pasa sidang akhbar dekat sini pada Khamis.
"Semua fikir gaji, kontrak saham, makanya saya memilih untuk menolak gaji Perdana Menteri," katanya.
Sebelum ini Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mengulangi pendirian tidak akan mengambil gaji sebagai Perdana Menteri jika PH berjaya membentuk kerajaan.
Langkah itu didorong oleh kesusahan yang dialami rakyat berikutan kerajaan sebelum ini didakwa tidak mengambil tindakan berkesan terhadap kenaikan harga barangan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!