Uruguay, Korea Selatan kongsi mata

Antara aksi perlawanan Korea Selatan menentang Uruguay di Education City Stadium. - Foto AFP
Antara aksi perlawanan Korea Selatan menentang Uruguay di Education City Stadium. - Foto AFP
A
A
A

URUGUAY dan Korea Selatan berkongsi mata selepas kedua-dua pasukan itu seri tanpa jaringan pada aksi pembukaan kumpulan H sebentar tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Education City Stadium, Uruguay dilihat mempunyai banyak peluang untuk mencipta jaringan berbanding Korea Selatan pada babak pertama.

Peluang terbaik Uruguay untuk membuka tirai jaringan hadir pada minit ke-43, namun tandukan tonggak pertahanan, Diego Godin sekadar terkena tiang.

Memasuki babak kedua, aksi lebih seimbang dipamerkan kedua-dua pasukan yang mana kedua-dua pasukan saling menguji kekebalan benteng pertahanan lawan mereka.

Korea Selatan hampir memastikan tiga mata dalam genggaman namun rembatan yang dilakukan Son Heung-min sedikit tersasar dari gawang gol.

Dengan keputusan tersebut, laluan kian mencabar bakal dihadapi Uruguay apabila mereka dijadualkan untuk bertemu Portugal awal pagi Selasa ini, manakala Korea Selatan pula akan berdepan Ghana dalam satu lagi perlawanan Kumpulan H.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!