Brazil menang, Neymar cedera
BINTANG Brazil, Neymar mengalami kecederaaan semasa pasukan Amerika Selatan tersebut melakar kemenangan 2-0 ke atas Serbia dalam perlawanan Kumpulan G Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Lusail.
Tonggak kelab Ligue 1 Perancis Paris Saint Germain (PSG) itu mengalami kecederaan buku lali selepas diterjah pada separuh masa kedua.
Namun Neymar masih meneruskan permainan sebelum terpaksa digantikan dengan Antony pada minit ke-79.
Doktor pasukan perlu menunggu 24 hingga 48 jam untuk membuat penilaian penuh terhadap status kecederaaan pemain Selecao itu.
Sementara itu, dua gol daripada Richarlison pada minit 62' dan 73' membolehkan Brazil meraih kemenangan ke atas Serbia.
Tiga mata tersebut sekali gus menyaksikan Brazil memimpin kumpulan sambil diekori Switzerland yang menewaskan Cameroon 1-0.
Brazil dijadualkan menentang Switzerland di Stadium 974, Rass Abou Aboud pada tengah malam Selasa.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!