Tite tak risau kecederaan Neymar

Neymar menerima rawaran diatas padang selepas mengalami kecederaan di bahagian buku lali ketika menentang Serbia. - Foto EPA
Neymar menerima rawaran diatas padang selepas mengalami kecederaan di bahagian buku lali ketika menentang Serbia. - Foto EPA
A
A
A

PENGENDALI Brazil, Tite tidak risau dengan kecederaan yang dialami tonggak serangannya, Neymar selepas pemain itu cedera buku lali ketika pasukannya itu melakar kemenangan 2-0 ke atas Serbia dalam perlawanan Kumpulan G, Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Lusail.

Menurut Tite, beliau yakin ayam tambatannya itu mampu untuk beraksi perlawanan seterusnya meskipun ketika ini masih belum ada laporan berkenaan kecederaan yang dialami pemain berusia 30 tahun itu.

“Neymar berasa sakit sepanjang perlawanan tetapi dia memutuskan untuk kekal di atas padang bagi membantu pasukannya.

“Bagi saya Neymar adalah pemainnyang luar biasa kerana dia mampu menanggung kesakitannya tatkala pasukannya sedang berjuang.

“Dia mampu untuk kekal selama 11 minit lagi di atas padang walaupun mengalami kecederaan sehinggalah terpaksa digantikan.

“Kami yakin Neymar akan terus beraksi selepas ini dan dia akan terus bermain dalam Piala Dunia,” katanya.

Sebelum ini, penyerang Paris Saint Germain (PSG) itu mengalami kecederaan buku lali selepas diterjah pada separuh masa kedua.

Bagaimanapun Neymar masih meneruskan permainan sebelum terpaksa digantikan dengan Antony pada minit ke-79.

Artikel Berkaitan:

Doktor pasukan Brazil, Rodrigo Lasmar memberitahu, Neymar akan menjalani penilaian lanjut dalam tempoh 24 hingga 48 jam akan datang sebelum dapat diketahui tahap kecederaan yang dialami pemain tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!