Tokan heroin diberkas, dadah bernilai RM550,000 dirampas

Antara bungkusan berisi dadah jenis heroin yang dirampas dalam sebuah kereta di tepi jalan berhampiran sebuah rumah di Kampung Kubu Gajah Dalam di sini pada Selasa.
Antara bungkusan berisi dadah jenis heroin yang dirampas dalam sebuah kereta di tepi jalan berhampiran sebuah rumah di Kampung Kubu Gajah Dalam di sini pada Selasa.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Seorang lelaki dipercayai pengedar dadah diberkas bersama lebih 41 kilogram (kg) heroin bernilai RM550,000 di dalam sebuah kereta di tepi jalan berhampiran sebuah rumah di Kampung Kubu Gajah Dalam di sini pada Selasa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, tangkapan dijalankan sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (JSJN IPK KL) bersama JSJN Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

"Serbuan Op Snowshoe dijalankan kira-kira jam 5 petang itu memberkas seorang lelaki tempatan berumur 34 tahun.

"Hasil pemeriksaan di dalam kereta tersebut telah menjumpai tiga kotak yang berisi 90 bungkusan dadah jenis heroin," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Katanya, suspek diberkas sewaktu menunggu pelanggan yang ingin mendapatkan bekalan dadah tersebut.

"Siasatan mendapati suspek bergerak aktif sejak tiga bulan yang lepas.

"Bekalan dadah jenis heroin ini dipercayai diproses di sekitar Lembah Klang dan pihak JSJN KL masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti saki-baki ahli sindiket," katanya.

Menurutnya, saringan dijalankan mendapari suspek negatif dadah.

Artikel Berkaitan:

"Suspek yang masih bujang ini tidak mempunyai pekerjaan tetap dan menjadikan kegiatan pengedaran dadah sebagai punca pendapatan utama.

"Semakan rekod lampau mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod narkotik atau rekod jenayah," katanya.

Ujar Azmi, suspek telah direman selama tujuh hari bermula 23 hingga 29 November 2022 di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk siasatan lanjut.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Kejayaan ini adalah hasil maklumat awam yang disalurkan kepada JSJN IPK KL.

"Dadah dirampas ini adalah untuk pasaran sekitar Lembah Klang dan mampu menampung penggunaan lebih 80,000 orang pengguna," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!