Korea Selatan puas hati kutip satu mata

Bento - Foto EPA
Bento - Foto EPA
A
A
A

PENGENDALI Korea Selatan, Paul Bento nyata gembira dengan aksi yang ditampilkan pasukannya ketika seri tanpa jaringan menentang Uruguay pada Khamis.

Menurut Bento, meskipun mengakui pasukannya gagal beraksi dengan baik pada babak kedua disebabkan kualiti pemain yang ada pada Uruguay.

Namun dia tetap berpuas hati dengan satu mata yang diraih pada aksi tersebut.

“Selepas babak pertama, kami tidak berada di tahap terbaik. Kami sedikit menurun kerana mereka mempunyai pemain berkualiti tinggi.

Bagaimanapun kami juga dapat melakukan yang terbaik dalam situasi itu dan berjaya mengutip satu mata,” kata Bento.

Dalam pada itu, Bento turut berharap agar peminat tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada penyerang utama mereka, Heung Min Son.

Meskipun pemain Tottenham itu gagal beraksi dengan baik, namun dia percaya tonggak serangan itu akan kembali pada tahap terbaik untuk perlawanan seterusnya.

“Son adalah seorang pemain yang sentiasa diturunkan hinggalah kecederaan menghalangnya. Dalam salah satu perlawanan Liga Juara-Juara (UCL), dia mengalami kecederaan serius dan tidak dapat beraksi untuk tempoh yang lama.

Artikel Berkaitan:

“Dia hanya mula menyertai sesi bersama pasukan dalam beberapa hari lepas.Berikutan kecederaan itu, sudah semestinya dia akan memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri,”katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!