Bersalin secara mengejut di pekarangan Masjid Nabawi

Kedua-dua beranak itu kemudiannya dipindahkan ke Pusat Kesihatan Bab Jebreel. - Foto Agensi
Kedua-dua beranak itu kemudiannya dipindahkan ke Pusat Kesihatan Bab Jebreel. - Foto Agensi
A
A
A

MADINAH - Seorang wanita melahirkan anaknya di pekarangan Masjid Nabawi di Madinah selepas dia dilaporkan bersalin secara mengejut.

Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Palang Merah Arab Saudi (SCRA), Ahmed al-Zahrani pada Jumaat berkata, sukarelawan dari unit ambulans segera ke lokasi tersebut untuk memberi bantuan kecemasan kepada wanita berkenaan.

"Sejurus mereka tiba, pasukan itu mendapati kontraksi sudah bermula dan tidak sempat ke hospital," ujarnya.

Mereka kemudiannya bekerjasama untuk memudahkan proses kelahiran tersebut demi untuk memastikan ibu dan bayi berkenaan selamat sebelum kedua-duanya dipindahkan ke Pusat Kesihatan Bab Jebreel.

Ahmed turut memuji tindakan segera pasukan SCRA kerana berjaya menangani situasi kecemasan tersebut.

"Ia adalah hasil daripada langkah mempergiatkan kursus perubatan khusus dan latihan kecemasan yang diberikan kepada kesemua sukarelawan," jelasnya. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!