Kerajaan perlu tangani lima perkara dalam jangka masa pendek

Rais ketika menjadi panelis dalam program Sinar Live bertajuk Anwar PM10: Harapan Baharu Rakyat Malaysia yang berlangsung di Auditorium Karangkraf Seksyen 15, pada Jumaat.
Rais ketika menjadi panelis dalam program Sinar Live bertajuk Anwar PM10: Harapan Baharu Rakyat Malaysia yang berlangsung di Auditorium Karangkraf Seksyen 15, pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan baharu harus memberikan fokus untuk menangani lima perkara utama dihadapi rakyat Malaysia dalam tempoh terdekat.

Presiden Emir Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff berkata, ia adalah berkaitan kos sara hidup, menambah baik sistem kesihatan, meningkatkan kualiti pendidikan, memastikan kemampuan pemilikan rumah, mengurangkan pengangguran dan termasuk masalah kerja di bawah taraf pendidikan atau ‘underemployment’.

Menurutnya, kesemua isu berkenaan perlu ditangani memandangkan negara bakal turut terkesan dengan risiko kemelesetan ekonomi global pada tahun hadapan.

Jadi saya fikir ini adalah perkara teras dalam jangka waktu pendek yang kerajaan perlu fokuskan,” katanya ketika menjadi panelis dalam program Sinar Live bertajuk Anwar PM10: Harapan Baharu Rakyat Malaysia.

Hadir sama dalam acara yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Jumaat itu ialah penganalisis politik, Profesor Madya Dr Sharifah Syahirah Syed Sheikh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin dan bekas ADUN Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat.

Dari kiri: Moderator, Hazwan Mohktar; Sharifah dan Rais ketika program Sinar Live bertajuk Anwar PM10: Harapan Baharu Rakyat Malaysia yang berlangsung di Auditorium Karangkraf Seksyen 15 pada Jumaat.
Dari kiri: Moderator, Hazwan Mohktar; Sharifah dan Rais ketika program Sinar Live bertajuk Anwar PM10: Harapan Baharu Rakyat Malaysia yang berlangsung di Auditorium Karangkraf Seksyen 15 pada Jumaat.

Sementara itu, Rais berkata, dari segi perubahan jangka masa sederhana dan panjang, kerajaan perlu melaksanakan reformasi institusi termasuk dalam usaha memastikan kebebasan badan kehakiman.

“Kalau kita mengikut pelan begini, insy-ALLAH kita dalam landasan trajektori untuk kita memulihkan semula negara. Jika tidak kita akan berhadapan dengan masalah,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Rais turut meminta semua pihak untuk berhenti berpolitik dan menumpukan fokus untuk membantu menyediakan negara bagi mengatasi segala cabaran yang akan dihadapi pada masa akan datang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!