Iran bangkit kejutkan Wales

Para pemain Iran meraikan kejayaan menewaskan Wales 2-0 dalam saingan Kumpulan B Piala Dunia di Stadium Ahmad Ali pada Jumaat. - Foto EPA
Para pemain Iran meraikan kejayaan menewaskan Wales 2-0 dalam saingan Kumpulan B Piala Dunia di Stadium Ahmad Ali pada Jumaat. - Foto EPA
A
A
A

IRAN bangkit dari tewas pada perlawanan pertama Piala Dunia Qatar 2022 selepas menundukkan Wales 2-0 dalam aksi kedua kumpulan B, sebentar tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Ahmed Ali, Iran bermula garang apabila berjaya membolosi gawang Wales pada minit ke-16 menerusi Ali Gholizadeh.

Bagaimanapun, jaringan tersebut dinafikan oleh video bantuan pengadil (VAR) selepas mendapati pemain tersebut berada dalam kedudukan ofsaid.

Kedua-dua pasukan dilihat saling menyerang antara, namun tiada sebarang gol berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan pada babak pertama.

Memasuki separuh masa kedua, Iran dilihat lebih dominan berbanding Wales apabila dua percubaan yang dilakukan mereka terkena palang gol.

Ketika perlawanan hampir tamat, Wales ditimpa malang apabila penjaga gol mereka, Wayne Hennessey dilayangkan kad merah pada minit ke-86.

Kesempatan itu digunakan sebaiknya oleh Iran untuk meraih dua gol menerusi Roorzbeh Cheshmi dan Ramin Rezaeian pada masa kecederaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!