Pemimpin UAE ucap tahniah kepada Anwar
KUALA LUMPUR - Pemimpin Emiriah Arab Bersatu (UAE) menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri.
Menurut Kedutaan UAE di Kuala Lumpur, Presiden UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan menghantar perutusan tahniah kepada Anwar pada Jumaat petang.
Selain itu, Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE dan Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri.
Para pemimpin mendoakan Perdana Menteri yang baharu dilantik dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan serta kemajuan dan kemakmuran kepada kerajaan dan rakyat Malaysia, menurut kedutaan itu.
Anwar, 75, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!