Lebih 50 jenis haiwan eksotik di Muzium Negeri Kelantan

Ahmad Shargowi (kiri) dan Penolong Kurator Pameran Muzium, Shahrul Hisham Abdul Ra-aid melihat pengunjung memberi makan arnab. Gambar kanan: African Bullfrog antara spesies yang menarik perhatian pengunjung
Ahmad Shargowi (kiri) dan Penolong Kurator Pameran Muzium, Shahrul Hisham Abdul Ra-aid melihat pengunjung memberi makan arnab. Gambar kanan: African Bullfrog antara spesies yang menarik perhatian pengunjung
A
A
A

KOTA BHARU - Lebih 50 jenis haiwan eksotik dari beberapa negara dipamerkan di Muzium Negeri Kelantan bertujuan memberi peluang kepada orang ramai meneroka kehidupan haiwan berkenaan.

Pengarahnya, Ahmad Shargowi Derahman berkata, pameran secara berfasa itu mempamerkan haiwan termasuk dari Mexico, Afrika, China dan Amerika.

Menurut beliau, banyak spesis haiwan eksotik yang jinak dan boleh didekati iaitu ular, katak, biawak dan tikus.

"Menariknya, pameran ini lebih berkonsep mesra haiwan kerana bukan sahaja mudah didekati malah pengunjung boleh memberi makanan," katanya ketika ditemui di muzium itu pada Sabtu.

Ahmad Shargowi memberitahu, dari 1 November hingga 31 Januari depan, haiwan yang dipamerkan akan ditukar setiap bulan sesuai matlamat muzium berkongsi pengetahuan lebih banyak mengenai kehidupan haiwan eksotik.

Tambah beliau, setakat ini pihaknya tidak memerlukan permit daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Ahmad Shargowi (kanan) dan Penolong Kurator Pameran Muzium, Shahrul Hisham Abdul Ra-aid melihat pengunjung memberi makan arnab.
Ahmad Shargowi (kanan) dan Penolong Kurator Pameran Muzium, Shahrul Hisham Abdul Ra-aid melihat pengunjung memberi makan arnab.

"Bagaimanapun, kita akan berbincang dengan agensi terbabit untuk membawa masuk haiwan yang memerlukan permit supaya peminatnya mengenali lebih banyak spesies eksotik," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut memaklumkan, seramai 14,000 pengunjung diterima dalam tempoh 20 hari pameran berlangsung.

"Kita menyasarkan seramai 60,000 hingga 70,000 pengunjung hadir selama tiga bulan pameran itu diadakan," katanya.

Jelasnya, kejayaan pameran itu hasil kolaboratif dengan sebuah syarikat mengimport haiwan eksotik di Shah Alam.

"Kita juga sedang merancang melanjutkan pameran jika sambutan menggalakkan daripada pengunjung," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!