Tokayev angkat sumpah sebagai Presiden Kazakhstan
ASTANA - Kassym-Jomart Tokayev yang memenangi pilihan raya presiden baru-baru ini, mengangkat sumpah sebagai Presiden Kazakhstan pada Sabtu, lapor Sputnik.
"Saya bersumpah untuk berkhidmat dengan setia kepada rakyat Kazakhstan, mematuhi perlembagaan dan undang-undang Kazakhstan, menjamin hak dan kebebasan warganegara, setia melaksanakan tugas yang diberikan kepada saya sebagai presiden Kazakhstan," kata Tokayev.
Majlis itu berlangsung di Istana Kemerdekaan di Astana, dihadiri Presiden Kazakhstan yang pertama Nursultan Nazarbayev, anggota kerajaan dan parlimen serta kor diplomatik dan wakil masyarakat.
Mengikut undang-undang Kazakhstan, jika seorang ketua negara dipilih dalam pilihan raya awal, majlis angkat sumpah jawatan perlu dibuat dalam tempoh sebulan selepas keputusan diumumkan. Tokayev mengangkat sumpah pada hari keempat selepas pengumuman keputusan.
Kazakhstan mengadakan pilihan raya presiden pada 20 November menyaksikan enam calon bertanding Tokayev menang dengan memperoleh 81.31 peratus undi. Peratusan keluar mengundi mencecah 69.44 peratus. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!