Pemilik akaun Twitter BumiLangit dibebaskan
KUALA LUMPUR - Pemilik akaun Twitter, Zulfadzli@BumiLangit yang ditahan kerana memuat naik video berunsur perkauman di laman Twitter pada 24 November lalu dibebaskan dengan jaminan polis pada Sabtu.
Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Saaduddin, berkata, suspek dibebaskan setelah tempoh remannya berakhir pada Sabtu.
"Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) akan merujuk kertas siasatan ke pejabat Peguam Negara menurut peruntukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.
"Kertas siasatan tersebut dirujuk setelah siasatan berkaitan kes berkenaan dilengkapkan," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Pada 26 November lalu, lelaki berumur 39 itu direman sehingga 26 November bagi siasatan lanjut berkaitan video berunsur perkauman di Twitter.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!