Pas ulangi pendirian tak sertai kerajaan PH, DAP
26 November 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 26 NOVEMBER 2022
Pas mengulangi pendirian tidak akan menyertai kerajaan Persekutuan diterajui Pakatan Harapan dan DAP sebaliknya kekal sebagai pembangkang yang konstruktif.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia demi menghormati kepercayaan dan mandat majoriti rakyat khususnya pengundi memilih Pas dan Perikatan Nasional dalam PRU15.
Semalam, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan gabungan itu bersedia merintis bentuk kerjasama lain dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Artikel: https://bit.ly/3u2gqMF
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa