Kanye West mahu bertanding Presiden AS

Kanye West dan bekas Presiden AS, Donald Trump.- AFP
Kanye West dan bekas Presiden AS, Donald Trump.- AFP
A
A
A

WASHINGTON - Penyayi rap dan pereka fesyen, Kanye West mengumumkan untuk bertanding jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) dan mahu bekas Presiden Donald Trump sebagai gandingannya.

West yang turut menggunakan nama Ye, menyiarkan simbol dalam ciapan di Twitter dengan 'Ye' dan nombor 24, mewakili 2024 iaitu pilihan raya Presiden AS yang seterusnya.

Kemudian penyanyi rap itu menyiarkan video dirinya bercakap mengenai pertemuan beliau dengan Trump di Florida.

"Saya berpendapat bahawa Trump paling gelisah apabila saya memintanya menjadi Naib Presiden saya.

"Trump mula menjerit kepada saya di meja dengan memberitahu saya akan kalah," kata West.

Sebelum ini Trump cuba membatalkan keputusannya menyertai pilihan raya Presiden selepas tewas dengan Presiden AS, Joe Biden. Namun, minggu lepas beliau mengumumkan akan bertanding semula pada 2024.

Pada Jumaat, Trump menyiarkan dalam platformnya, Truth Social mengenai pertemuaannya dengan West dengan menyatakan mereka membincangkan beberapa perkara mengenai politik, perniagaan.

Trump menambah, mereka berbual mesra dan beliau memberitahu penyanyi itu bahawa West tidak layak bertanding sebagai Presiden AS kerana 'pengundi anda mungkin akan bertanding untuk Trump'. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!