Masjid Al-Ehsan perlu naik taraf
KUALA KRAI - Masjid Al-Ehsan Mukim Kampung Belanga di sini yang berusia lebih tiga dekad memerlukan pembaharuan selepas tidak lagi mampu menampung jumlah jemaah yang semakin meningkat.
Ahli jawatankuasa masjid, Tengku Abdullah Tuan Kechik berkata, ruang yang terhad itu memberikan kekangan pada setiap program yang dianjurkan.
“Disebabkan itu kami mengambil keputusan untuk menaik taraf masjid ini bagi memberikan kemudahan kepada para jemaah.
“Harapan kami dengan perubahan yang dapat dengan menempatkan sekurang-kurangnya 1,000 jemaah pada satu-satu masa,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut beliau, kos untuk naik taraf tersebut dianggarkan berjumlah RM5 juta membabitkan kerja-kerja membina ruangan solat, mini perpustakaan, bilik mesyuarat dan beberapa kemudahan lain.
Tengku Abdullah berharap, orang ramai khususnya orang korporat dapat membantu merealisasikan impian tersebut dengan menyalurkan sumbangan kepada Jawatankuasa Masjid Mukim Kampung Belanga ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 0307-2010-1413-33.“Boleh hubungi talian 019-9125 160 atau layari https://masjidalehsankualakrai.onpay.my/order/form/masjidalehsan untuk sebarang maklumat,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!