Anak gajah mati dilanggar Viva

Gambar hiasan. - Foto 123rf
Gambar hiasan. - Foto 123rf
A
A
A

LAHAD DATU - Seekor anak gajah mati akibat dilanggar sebuah kereta Perodua Viva dalam satu kemalangan di Kilometer 13 Jalan Lahad Datu-Sandakan, awal pagi Sabtu.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu, Sylvester Saimin ketika dihubungi berkata, kejadian itu berlaku pada jam 2.16 pagi dan anak gajah spesis Gajah Pygmy Borneo itu mati di lokasi kejadian.

"Pemandu kenderaan terbabit pula dipercayai tidak mengalami kecederaan namun kenderaan yang dipandunya rosak di bahagian hadapan," katanya pada Sabtu.

Menurutnya, kejadian itu dipercayai berlaku apabila anak gajah berkenaan secara tiba-tiba melintas jalan menyebabkan pemandu terbabit tidak dapat mengelak lalu melanggar haiwan mamalia itu.

"Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu kemudian melakukan post mortem sebelum menanam bangkai anak gajah berkenaan," katanya lagi. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!