Skuad berbasikal para trek cemerlang

Atlet berbasikal meraih kejayaan cemerlang pada Kejohanan Basikal Para Trek dan Para Lebuhraya di Velodrom Nasional, Nilai baru-baru ini.
Atlet berbasikal meraih kejayaan cemerlang pada Kejohanan Basikal Para Trek dan Para Lebuhraya di Velodrom Nasional, Nilai baru-baru ini.
A
A
A

MALAYSIA melakar sejarah unik apabila merangkul 18 pingat emas, 13 perak dan lima gangsa, sekali gus mendominasi Kejohanan Basikal Para Trek dan Para Lebuhraya 2022 di Velodrom Nasional di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Kejayaan terbaharu itu meneruskan rentak kecemerlangan skuad negara yang merakamkan kejayaan bersejarah meraih satu perak dan satu gangsa pada Kejohanan Basikal ParaTrek Sedunia di Montigny-le-Bretonneux, Perancis bulan lalu.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata, kejayaan yang dicipta di Nilai itu bermakna skuad para Malaysia berada di landasan terbaik untuk mendominasi Sukan SEA 2023 di Kemboja dan Sukan Asia 2026.

“Saya mengucapkan tahniah kepada pasukan para Malaysia yang berjaya mendominasi sepenuhnya Kejohanan Basikal Para Trek dan Para Lebuhraya 2022.

“Sekalipun hanya tiga negara yang mengambil bahagian iaitu India, Indonesia dan Malaysia, namun kualiti kejohanan sangat tinggi.

“India dan Indonesia menghantar barisan pelumba yang bertaraf antarabangsa. Jadi, kejayaan ini sangat bermakna kepada skuad para Malaysia secara keseluruhan,” katanya kepada Sukan Sinar baru-baru ini.

Abu Samah turut memuji gandingan Mohd Khairul Hazwan Abd Wahab dan Muhd Arfy Qhairant Amran yang merangkul lima pingat emas menerusi acara 4 kilometer (km) kejar-mengejar, Tandem Sprint, Tandem Team Sprint dan 1km.

“Khairul membuktikan kejayaannya di Montigny-le-Bretonneux, Perancis bulan lalu bukan satu kebetulan.

Artikel Berkaitan:

“Sekalipun beraksi dalam masa sebulan, dia tetap berupaya mempamerkan kehebatan tersendiri.

“Saya berharap Khairul terus berusaha untuk mengekalkan prestasi secara konsisten bagi mengejar pingat pada kejohanan akan datang,” ujarnya yang turut berharap kejayaan skuad para Malaysia menerima pengiktirafan sewajarnya daripada pihak tertentu khususnya Majlis Sukan Negara (MSN).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!