Mexico jangka tugas sukar berdepan Arab Saudi
MEXICO menjangkakan berdepan tugas sukar pada aksi terakhir menentang Arab Saudi dalam saingan terakhir Kumpulan C Piala Dunia Qatar 2022 selepas tewas kepada Argentina 0-2 pada Ahad.
Mereka perlu menang sekurang-kurangnya dengan tiga gol ke atas Arab Saudi melainkan Poland menewaskan Argentina, kemenangan sudah memadai.
Gerardo Martino berkata, Mexico masih ada peluang dan para pemain akan mencuba mempamerkan aksi terbaik.
"Arab Saudi juga cuba untuk menang dan menjaringkan gol, begitu juga kami.
"Saya sudah memikirkannya dan kami perlu meningkatkan mutu permainan. Kami perlu melakukannya.
"Ia akan menjadi sesuatu yang mencabar dan pasti sukar," ujar pengendali dari Argentina itu.
Pada aksi itu, gol kemenangan Argentina dihasilkan oleh Lionel Messi dan Enzo Fernandez untuk menghantar Mexico ke kedudukan terbawah kumpulan.
Mexico gagal menjaringkan gol dalam kejohanan di Qatar selepas seri tanpa jaringan bersama pendahulu kumpulan, Poland 0-0 dalam aksi pertama.
"Kami perlu menjadi pemenang dalam perlawanan itu dan jika ia dapat dilakukann dengan beberapa gol, ia akan membantu kami," kata Martino.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!