Perkemas program subsidi minyak masak di bawah satu agensi

Isu minyak masak peket kurang dan sukar ditemui dalam pasaran bukan perkara baharu. Gambar hiasan. (Gambar kecil: Datuk Zuraida Kamaruddin)
Isu minyak masak peket kurang dan sukar ditemui dalam pasaran bukan perkara baharu. Gambar hiasan. (Gambar kecil: Datuk Zuraida Kamaruddin)
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin menyarankan supaya langkah memperkemas program subsidi minyak masak di bawah satu agensi dilaksanakan.

Ujar beliau, ia bertujuan bagi memastikan proses pengagihannya berubah lebih baik di mana, harga sentiasa berada dalam kawalan berbanding diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Langkah ini pada pandangan saya, akan dapat mengelakkan pertindihan dan kekeliruan mengenai pihak berkuasa mana yang harus mempunyai kata pemutus berkaitan isu harga atau mekanisme kawalan harga bagi produk minyak masak di pasaran Malaysia.

“Cadangan ini juga mengambil kira beban tugas KPDNHEP yang memang sedia ada sudah dibebankan dengan begitu banyak isu-isu kepenggunaan dan perdagangan dalam negara yang membabitkan keseluruhan produk, bukan minyak masak semata-mata,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu, Zuraida berkata, menteri yang bakal dilantik untuk menerajui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPKK) di bawah kerajaan baharu juga perlu melihat produk-produk komoditi yang berada di ambang potensi.

Menurutnya, komoditi-komoditi yang semakin berkembang seperti nanas, kelapa dan durian mempunyai potensi untuk dieksport sekiranya diuruskan dengan baik dan sewajarnya di bawah peranan KPPK sebagai kementerian komoditi penjana hasil.

“Potensi baharu sedemikian perlu diberi prihatin, selain daripada fokus utama KPPK dalam memastikan pengeluaran dan pemasaran hasil-hasil utama seperti minyak sawit, kayu kayan, koko, lada dan gentian serat.

“Dalam hal menguruskan komoditi baharu berpotensi seperti nanas, kelapa dan durian atau lain-lain hasil ladang yang dikeluarkan di kawasan luar bandar, peranan itu mungkin boleh dipindahkan kepada KPPK daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang sebaliknya boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada kesejahteraan kehidupan masyarakat.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, ulas beliau, KPPK mempunyai begitu banyak potensi untuk bergerak kendiri atau menjadi kementerian penjana hasil untuk negara.

“Apa yang diperlukan untuk merealisasikan matlamat itu adalah dengan memberi tumpuan sewajarnya terhadap usaha memperluaskan pasaran, memastikan kebolehpasaran produk dan perkhidmatan, usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta penggunaan inovasi dan teknologi.

“Mengambil contoh dua komoditi utama negara, minyak sawit dan getah, KPPK boleh pada masa hadapan, mengusahakan penyatuan ladang-ladang sawit dan estetestet getah di bawah satu bumbung untuk membolehkan pelaksanaan satu sistem pengurusan yang berkesan dan mampan,” jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!