Final Piala Malaysia lancar: Polis

Zam Halim
Zam Halim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aksi final Piala Malaysia 2022 antara Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Selangor FC di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), di sini pada Sabtu berlangsung dengan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaludin berkata, sekitar 1,400 anggota dari pelbagai jabatan dikerahkan bagi mengawal keselamatan dan menjaga ketenteraman awam.

Antara gelagat penyokong Selangor yang hadir ke stadium.
Antara gelagat penyokong Selangor yang hadir ke stadium.

"Syukur semuanya berjalan dengan baik dan lancar, tiada apa-apa insiden tidak diingini berlaku. Kedua-dua pihak mengamalkan semangat kesukanan yang tinggi.

"Saya anggarkan sekitar 1,400 anggota termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) turut terlibat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Pada Sabtu Sinar Harian melaporkan, JDT berjaya mencipta sejarah apabila berjaya merangkul gelaran 'quadruple' musim ini selepas menundukkan Selangor FC dengan jaringan 2-1 dalam perlawanan yang penuh aksi.

Antara penyokong yang hadir ke SNBJ bagi menyaksikan perlawanan akhir semalam.
Antara penyokong yang hadir ke SNBJ bagi menyaksikan perlawanan akhir semalam.

Harimau Selatan sebelum ini merangkul trofi Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Piala Sumbangsih), Piala FA dan Piala Liga Super di dalam senarai kabinet kejuaraan musim 2022.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!