6 nelayan Myanmar tanpa dokumen pengenalan diri ditahan

Bot kelas C yang dinaiki mereka juga disita untuk siasatan lanjut.
Bot kelas C yang dinaiki mereka juga disita untuk siasatan lanjut.
A
A
A

GEORGETOWN - Enam nelayan warga Myanmar ditahan sepasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang ketika menaiki bot di Pulau Kendi, di sini pada tengah hari Sabtu.

Pengarah Maritim Malaysia Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, pihaknya menahan sebuah bot nelayan tempatan yang dikendalikan kru warga asing pada jam 12.00 tengahari.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas bot tersebut, terdapat enam nelayan termasuk tekong warga Myanmar berada di dalam bot berkenaan.

"Kapal ronda Maritim Malaysia telah mengesan sebuah bot nelayan kelac C sedang bergerak di kedudukan 62 batu nautika barat daya Pulau Kendi ketika dalam perjalanan melaksanakan rondaan Op Tanjung.

"Kita menahan bot tersebut dan pemeriksaan mendapati, bot yang berpangkalan di Hutan Melintang, Perak itu dikendalikan enam kru pendatang tanpa izin warga Myanmar. Kesemua mereka berusia lingkungan 21 hingga 32 tahun," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau menambah, kesemua tangkapan didapati tiada permit bekerja yang sah.

Enam nelayan warga Myanmar ditahan pada tengah hari Sabtu kerana tiada permit dan dokumen diri yang sah.
Enam nelayan warga Myanmar ditahan pada tengah hari Sabtu kerana tiada permit dan dokumen diri yang sah.

"Mereka tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri dan permit kerja yang sah. Majikan mereka disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu menggajikan warga asing tanpa kebenaran yang sah daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Artikel Berkaitan:

"Bot serta kesemua nelayan ditahan manakala hasil laut yang dianggarkan seberat 500 kilogram dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau turut menegaskan kepada semua pihak terutama komuniti nelayan termasuk pemilik bot agar mematuhi peraturan yang ditetapkan.

"Kita tidak akan berkompromi dengan mereka yang sengaja melanggar undang-undang Persekutuan yang sedia ada.

"Sebarang aduan salah laku jenayah maritim atau sebarang kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146 atau talian kecemasan MERS 999," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!