Sultan Johor terima menghadap PM Anwar
JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenaan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad.
Menerusi muat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan itu diadakan di Kuala Lumpur.
"Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur, hari ini (27 November).
"Datuk Seri Anwar telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November," menurut hantaran tersebut.
Sebelum itu pada Sabtu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi ciapan di Twitter HRH Crown Prince of Johor, baginda turut berkongsi beberapa keping gambar pertemuan tersebut, namun lokasinya tidak dimaklumkan.
Pertemuan itu turut disertai Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.
Turut berangkat Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.
Pada Jumaat, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di Istana Negara, selepas pelantikan beliau diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!