Bekas Pengarah Syarikat Sinar Karangkraf meninggal dunia

Wan Daud
Wan Daud
A
A
A

KOTA BHARU - Bekas Pengarah Syarikat Sinar Karangkraf Sdn Bhd, Wan Daud@Wan Ahmad Wan Hassan meninggal dunia pada usia 81 tahun akibat pelbagai komplikasi susulan Covid-19.

Wan Daud sebelum itu dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) selama empat bulan dan menghembuskan nafas terakhir jam 6.05 petang pada Sabtu di sisi isteri, anak serta menantu.

Anak kedua Allahyarham, Wan Raihan Wan Daud, 49, berkata, dalam tempoh itu, Allahyarham bapanya ditidurkan sebanyak tiga kali.

"Kali pertama sebelum meninggal dunia, arwah ayah ditidurkan selama dua minggu pada Ogos lalu akibat komplikasi serius.

"Keadaan arwah ayah mula serius pada awal bulan ini selepas mengalami pendarahan dalaman selain komplikasi akibat jangkitan kuman," katanya ketika ditemui di rumahnya di DesaTelipot di sini pada Ahad.

Allahyarham Wan Daud (kanan) bersama Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub.
Allahyarham Wan Daud (kanan) bersama Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Tambah beliau, sepanjang hayatnya, Allahyarham tidak pernah menghidap sebarang penyakit kronik tetapi kesihatannya mula merudum selepas dijangkiti Covid-19.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Nik Nab Nik Hamid, 71, tiga anak berusia antara 45 hingga 50 tahun dan lima cucu.

Artikel Berkaitan:

Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Desa Telipot pada jam 9 malam Sabtu.

Berkongsi minat dan kebolehan Allahyarham bapanya, Wan Raihan memberitahu, Wan Daud merupakan wartawan veteran yang sangat berpengalaman lebih 40 tahun dalam bidang itu.

Menurutnya, Allahyarham yang juga bekas Ketua Biro Utusan Melayu/Malaysia aktif menyampaikan ceramah kepada kumpulan wartawan dan pelajar institusi pengajian tinggi di seluruh negara dalam bidang berkenaan.

"Dia ada menceritakan kepada kami pernah berguru dengan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Abdul Samad Ismail," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!