Minum peluntur selepas disabit bersalah
Jermaine Bell meminum cecair peluntur sebaik disabit bersalah bagi pertuduhan tambahan berkaitan rompakan bersenjata. - Agensi
A
A
A
Insiden itu berlaku di bilik Mahkamah Miami Dade County di Florida baru-baru ini.
Tindakan itu menyebabkan Jermaine Bell jatuh sakit serta-merta dan terpaksa diusung keluar untuk dihantar ke hospital.
Dia disahkan stabil selepas menerima rawatan.
Bell yang sudah berada dalam tahanan selama lebih tiga tahun sebelum ini berulang kali menafikan tuduhan tambahan terhadapnya.
Tahanan berusia 38 tahun itu disumbat ke dalam penjara pada 2018 selepas disabit bersalah menyamun kakitangan syarikat aeroangkasa Millennium Engine Plating di Hialeah.
Menurut fakta kes, Bell menyamar sebagai pekerja penghantaran bagi memudahkannya memasuki fasiliti di Hialeah itu.
Tuduhan tambahan terhadap Bell dibuat selepas dia didapati mengacukan senjata api ke arah mangsanya semasa melakukan jenayah tersebut.
Sementara itu, bapa saudara Bell mempersoalkan prosedur keselamatan di bilik mahkamah yang longgar.
Malah, Jerome Sterling mempertikaikan kredibiliti pegawai polis dan peguam bela Bell kerana tidak menghalang tindakan lelaki itu meminum cecair peluntur.
"Dari mana dia dapat cecair peluntur itu? Itulah persoalan yang bergelar dalam kepala kami sekeluarga.
"Sebelum insiden itu, saya sudah nampak dia mengeluarkan satu cawan kertas berisi air.
"Tapi aneh tiada siapa yang cuba menghalangnya, baik anggota polis atau peguam bela yang berada di sisinya," ujar Sterling.
Sterling turut menuntut penjelasan dan menuduh insiden itu berpunca daripada kecuaian pegawai.
Sementara itu, Jabatan Polis Miami Dade County enggan mengulas lanjut, namun berjanji akan menyiasat insiden berkenaan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!