Mayat reput, berulat dalam parit

Keadaan mayat yang ditemui dalam sebuah parit di ladang kelapa sawit itu, petang semalam.
Keadaan mayat yang ditemui dalam sebuah parit di ladang kelapa sawit itu, petang semalam.
A
A
A

BERA - Mayat seorang lelaki dipercayai warganegara Bangladesh ditemui di ladang kelapa sawit Bera Selatan 4 di Bandar 32 Bera, dekat sini, petang semalam.

Mangsa berusia 28 tahun itu ditemui oleh orang awam di dalam parit kira-kira jam 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mansor Samsudin berkata, mayat ditemui dalam keadaan tertangkup keseluruhan kepala dalam air dan sebahagian badannya ditutup dengan rumput.

Menurutnya, mangsa dipercayai telah mati kira-kira 3 atau 4 hari lalu berdasarkan keadaan mayat yang telah remput dan berulat.

"Ketika ditemui, mangsa memakai baju kemeja kecil warna merah dan berbunga kecil.

"Mayatnya telah dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas) untuk bedah siasat dan setakat ini masih belum dapat mengesahkan sama ada dibunuh atau mati mengejut," katanya lagi.

Mansor menambah kehilangan lelaki yang telah bekerja di situ sejak lapan bulan lalu itu, pernah dimaklumkan oleh rakan serumahnya kepada pihak pengurusan ladang, namun mereka beranggapan kemungkinan lelaki itu melarikan diri.

"Kita meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil untuk membantu siasatan," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!