Percikan aura Jerman belum padam

Fuellkrug meraikan jaringan bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol penyamaan ketika berdepan Sepanyol di Stadium Al Bayt, Al Khor. - Foto EPA
Fuellkrug meraikan jaringan bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol penyamaan ketika berdepan Sepanyol di Stadium Al Bayt, Al Khor. - Foto EPA
A
A
A

PENGENDALI Jerman, Hansi Flick menyifatkan kejayaan mengikat Sepanyol dalam aksi Kumpulan E Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Al Bayt, Al Khor sebagai percikan aura pemburuan slot 16 terbaik kejuaraan itu.

Malah tanpa berselindung bekas pengendali Bayern Munich berusia 57 tahun itu menegaskan Die Mannschaft sememangnya memerlukan momentum itu dengan saingan berbaki satu perlawanan.

"Kami tahu apa yang dipertaruhkan. Sepanyol bermain dengan bagus, namun pasukan berada pada tahap sama dan kami mempunyai peluang besar untuk memenanginya tetapi perkara ini berlaku.

"Perkara datang kepada anda apabila anda mula menang. Mungkin ia adalah percikan yang kami perlukan dalam mengharungi baki perlawanan terakhir.

"Pasukan berjuang dengan gigih dan saya sangat berpuas hati dengan mentaliti setiap para pemain Jerman. Ini adalah perkara yang kami mahukan dan tahu bahawa pasukan mengambil langkah pertama.

"Paling penting setiap pemain Jerman mengetahui tanggungjawab masing-masing apabila berdepan Costa Rica bagi merealisasikan impian ke pusingan 16 terbaik dengan jayanya," kata Flick.

Untuk rekod, jaringan minit ke-83 bintang kelab Bundesliga Jerman, Werder Bremen, Niklas Fuellkrug memadamkan pendahuluan Sepanyol, disumbangkan minit ke-62' pemain sensasi kelab La Liga Sepanyol, Atlético Madrid Morata.

Jerman berada di ambang penyingkiran pada peringkat kumpulan Piala Dunia kali kedua kedua berturut-turut selepas edisi Rusia 2018.

Artikel Berkaitan:

Namun tetapi keputusan seri skuad Flick yang digabungkan dengan kekalahan mengejut Jepun kepada Costa Rica kini membawa gergasi dunia itu semula ke wilayah positif.

“Costa Rica menunjukkan mentaliti baik untuk kembali daripada kekalahan 0-7 kepada Sepanyol dengan menewaskan Jepun.

"Bola sepak memang begitu. Kadang-kadang bukan mereka yang mempunyai peluang terbanyak yang menang. Kami mengalaminya ketika menentang Jepun," kata Flick.

Pada masa sama Flick menegaskan tidak tergesa-gesa untuk memberi tumpuan kepada Costa Rica, kerana mengetahui bahawa para pemainnya perlu melalui beberapa proses sebelum perlawanan tersebut.

"Masih terlalu jauh untuk memikirkan Costa Rica. Sebaliknya kami perlu membiarkan keputusan permainan ini tenggelam kemudian menjana keyakinan diri,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!