Kelantan FC bekerja dalam 'diam'

Norizam dan pihak pengurusan giat membuat persiapan membentuk skuad Kelantan FC yang mantap bagi mengharungi Liga-M musim 2023. - Foto Facebook TRW Kelantan FC
Norizam dan pihak pengurusan giat membuat persiapan membentuk skuad Kelantan FC yang mantap bagi mengharungi Liga-M musim 2023. - Foto Facebook TRW Kelantan FC
A
A
A

SKUAD Kelantan FC akan mengekalkan hampir 70 peratus pemain untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Perkara itu dikongsikan pemiliknya, Norizam Tukiman menerusi catatan di Facebook Zamsaham pada Isnin.

"Dalam 60 hingga 70 peratus pemain TRW (The Red Warriors) akan kekal," tulis beliau di laman sosialnya.

Beliau juga memaklumkan telah berhubung dengan jurulatih skuad Petaling Jaya (PJ) City, P Maniam, namun belum ada sebarang keputusan muktamad.

Jurulatih P Maniam, saya sendiri sudah berhubung dengan beliau. Masih bincang dan belum ada keputusan rasmi," katanya.

Beliau yang juga dikenali sebagai Zamsaham memberitahu, pasukan Kelantan FC dalam usaha untuk membuat persiapan terbaik menjelang musim 2023.

Katanya, pihak pengurusan bekerja keras secara ‘diam’ dan beliau berharap peminat dapat bersabar menantikan perancangan sebenar TRW Kelantan musim baru nanti.

"Bila sampai waktu Insya-Allah kami kongsikan. Mereka sedang bekerja dalam 'diam'," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!