Bekas PM Australia dikecam pegang jawatan menteri secara rahsia
SYDNEY - Bekas Perdana Menteri Australia, Scott Morrison bakal mendapat kecaman di Parlimen kerana secara rahsia melantik diri menjawat beberapa jawatan penting semasa pandemik Covid-19, menurut penggantinya, Anthony Albanese.
Morrison didakwa melantik diri sebagai Menteri Kewangan, Hal Ehwal Dalam Negeri, Perbendaharaan, Sumber Pertanian dan Alam Sekitar tanpa memberitahu orang awam atau menteri sedia ada.
Satu siasatan baru-baru ini oleh bekas Hakim Mahkamah Tinggi mendapati tindakan beliau telah menghakis kepercayaan terhadap kerajaan dan menutup beberapa kelemahan yang membenarkan pelantikan itu kekal dirahsiakan.
Walaupun tindakan tersebut mencetuskan kemarahan, langkah diambil Morrison didapati sah.
Albanese berkata, Parlimen akan cuba mengubah undang-undang bagi memastikan pelantikan menteri perlu didedahkan kepada umum.
Beliau turut berkata, pendahulunya itu harus bertanggungjawab secara telus dalam politik.
"Kami akan memperkenalkan undang-undang baharu minggu ini bagi memastikan perkara tersebut tidak berlaku lagi," kata Albanese. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!