Tiga maut, lima cedera nahas dua kenderaan

Keadaan dua buah kenderaan yang terlibat dalam nahas di Jalan Kluang Simpang Renggam berhampiran Kampung Sungai Sayong pada petang Isnin. - Foto Bomba
Keadaan dua buah kenderaan yang terlibat dalam nahas di Jalan Kluang Simpang Renggam berhampiran Kampung Sungai Sayong pada petang Isnin. - Foto Bomba
A
A
A

KLUANG - [DIKEMAS KINI] Tiga lelaki maut dan lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van dan kereta berhampiran Kampung Sungai Sayong di sini pada petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrain Mohd Noh berkata, dua mangsa dua lagi mangsa iaitu Muhammad Haziq Haiqal Mohd Faizal, 20, yang juga pemandu kereta dan penumpang Muhammad Khairil Rosli, 17, dilaporkan meninggal dunia di lokasi kemalangan selapas mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan.

Menurutnya, seorang lagi mangsa, Ariffudin Khairum Ab Ghafar, 21, yang juga penumpang hadapan kereta meninggal dunia pada kira-kira jam 5.20 petang ketika mendapatkan rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK).

"Kejadian berlaku di Kilometer 15, Jalan Kluang - Teck Wah Heng melibatkan sebuah kereta Proton Wira yang dinaiki oleh empat sekawan dan sebuah van membawa sebuah keluarga empat beranak.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta Proton Wira yang datang dari arah Kluang dipercayai hilang kawalan sebelum bertembung dengan van dari arah bertentangan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Bahrain, seorang lagi penumpang kereta Proton Wira serta empat beranak yang menaiki van tersebut masih dirawat di hospital kerana mengalami kecederaan.

Jelasnya, punca kemalangan masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Pegawai Bomba Kanan II Shoromi Salih berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 4.29 petang.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, seramai lapan anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati berlaku kemalangan membabitkan Van Camplacer dan sebuah Proton Wira," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, anggota bertindak mengeluarkan dua mangsa yang tersepit dengan memotong sebahagian rangka kereta menggunakan alat pemotong khas sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!