Keluarga nafi legenda bola sepak Kelantan meninggal dunia

Mohd Hashim masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan berada dalam keadaan kritikal.
Mohd Hashim masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan berada dalam keadaan kritikal.
A
A
A

KELUARGA bekas penyerang dan legenda bola sepak Kelantan menafikan Mohd Hashim Mustapha, 57, sudah meninggal dunia seperti mana khabar angin yang tersebar di aplikasi WhatsApp, pada Selasa.

Menantunya, Mohd Nizab Ayub berkata, sehingga kini bapa mentuanya itu masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan berada dalam keadaan kritikal.

Bagaimanapun, doktor memaklumkan supaya kami memanggil semua ahli keluarga," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Selasa.

Sebelum itu tular di aplikasi WhatsApp memaklumkan bekas penjaring terbanyak Liga Malaysia tahun 1993 itu sudah meninggal dunia.

Mohd Hashim terpaksa ditidurkan oleh doktor akibat masalah komplikasi kencing manis.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!