HTAA kesan waris pesakit meninggal dunia
KUANTAN - Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sedang mengesan waris kepada seorang pesakit yang meninggal dunia di hospital berkenaan pada 10 November lalu untuk urusan tuntutan jenazah.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hospital terbabit pada Selasa, pesakit yang meninggal dunia pada jam 3.30 petang itu dikenali Ramlee Tahir, 52, dengan alamat terakhir allahyarham di Lot 7, Jalan Penjara di sini.
Sehubungan itu, ahli keluarga atau orang ramai yang mengenali allahyarham diminta menghubungi Jabatan Forensik, HTAA segera di talian 09- 5572222 sambungan 2285/2543 untuk urusan selanjutnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!