Perjalanan hampir 500km berbaloi, pemuda menang skuter

Muhammad Shafie bersama motosikal yang dimenanginya pada acara cabutan bertuah dalam program Retromania Grand Gathering 2019 di Pantai Morib, semalam.
Muhammad Shafie bersama motosikal yang dimenanginya pada acara cabutan bertuah dalam program Retromania Grand Gathering 2019 di Pantai Morib, semalam.
A
A
A

KUALA LANGAT - Perjalanan hampir 500km dari Marang, Terengganu ke Pantai Morib memberi tuah kepada seorang pemuda apabila berjaya mendapat cabutan bertuah sebuah motosikal skuter dalam Retromania Grand Gathering 2019 di Pantai Morib di sini, semalam.

Mengakui seakan tidak percaya dengan apa yang diterimanya ini, Muhammad Shafie Ismail, 22, berkata dia datang bersama dengan rakan-rakannya menaiki motosikal ke Pantai Morib ini.

"Saya datang sini niat memang nak tengok pameran motosikal lama kemudian daftar untuk cabutan bertuah. Memang tak sangka pun nak menang sebenarnya.

"Masa diumumkan nama saya, tak berapa jelas, kawan yang kebetulan berada hampir dengan pentas kemudiannya panggil saya dan beritahu nama saya 'naik' untuk cabutan bertuah," katanya.

Menurutnya, apa yang lebih bermakna kedatangannya ke program itu adalah yang pertama dan tidak pernah ke Morib sebelum ini.

"Saya bertolak dari Terengganu kelmarin dan sampai sini pagi tadi. Memang tak pernah sampai lagi di Morib ini. Alhamdulillah, bagi saya apa yang saya terima ini adalah rezeki keluarga dan rakan," katanya.

Dalam pada itu ADUN Morib, Hasnol Baharudin berkata, penganjuran Retromania Grand Gathering 2019 menjanjikan kemeriahan yang amat berbeza berbanding sebelum ini.

"Saya jangkakan penganjuran kali ini melibatkan kehadiran yang lebih ramai berbanding sebelum ini, ini kali yang ketujuh diadakan di Morib ini.

Artikel Berkaitan:

"Secara tidak langsung penganjuran ini menarik bukan sahaja masyarakat tempatan, ramai juga daripada negeri lain hadir pada program kali ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!