Waspada produk tiruan HKT
Pengasas QB Empire bakal ambil tindakan undang-undang
Masalah lambakan produk tiruan di pasaran bagaikan tiada kesudahan. Walaupun sudah diakui membahayakan, namun ia masih tidak dapat menyedarkan orang ramai untuk berhenti membeli barangan tiruan.
Ini kerana produk-produk tiruan yang dijual di pasaran murah, malah adakala tawaran harganya separuh daripada harga produk asli.
Produk Herba Kurus Tradisi (HKT), keluaran Qayra Beauty Empire (QB Empire) turut tidak terkecuali ditiru pihak yang mahu mengaut keuntungan dengan jalan singkat.
Pengasas QB Empire, Noor Faqirah Abdullah, 27, atau lebih mesra dipanggil Qayra, kesal dan bimbang apabila produk tiruan HKT semakin aktif dijual di pasaran terutama di TikTok Shop.
“Saya cukup sedih dan sangat risau dengan produk tiruan yang menggunakan jenama QB Empire.
“Banyak kesan buruk yang bakal pelanggan terima sekiranya tersalah membeli produk HKT. Oleh itu, saya sangat berharap semua pengguna setia produk QB Empire dapat membeli daripada ejen-ejen kami yang sah,” ujarnya.
“Sebelum wujudnya produk tiruan ini, saya mampu jual sehingga 50,000 botol HKT dalam sebulan. Tetapi kini, untuk mencapai angka tersebut memang agak sukar,” jelas anak kelahiran Pasir Tumbuh, Kota Bharu, Kelantan ini.
Imbas kod QR
Qayra merayu agar pelanggan yang membeli HKT di pasaran mengimbas kod QR yang tertera pada label botol HKT terlebih dahulu bagi memastikan produk itu adalah tulen.
Sekiranya imbasan kod QR terus disambungkan ke laman sesawang www. qayrabeauty.com, itu bermakna produk HKT adalah tulen, sebaliknya jika ia tiruan, hasil imbasan kod QR akan disambungkan ke laman sesawang hkt.qayrabeauty.net atau www.qayrabeauty.net.
Jelasnya, pengguna juga boleh mengenali produk HKT yang dijual sama ada asli atau tiruan dengan melihat perkataan ‘Scratch Here’ pada label.
“Jika perkataan ‘Scratch Here’, produk HKT itu adalah asli tetapi jika perkataan ‘SCRATCH HERE’, ia adalah tiruan,” katanya.
Sebelum itu, QB Empire yang baru sahaja empat tahun beroperasi telah mengeluarkan 10 produk yang semakin mendapat permintaan luar biasa dalam kalangan pengguna.
Lapan jenis iaitu HKT, Slimocha, Slimberry, Slimnut, Maajun Premium, Tinted Kulet, Slimming Girdle dan Krim Anti-Cellulite dihasilkan khas untuk wanita. Manakala UK Gel dan UK Coffee khusus untuk lelaki yang sudah berkahwin.
Sasar ejen 20,000
Semenjak memulakan operasi, QB Empire telah berjaya melahirkan 9,000 ejen berdaftar di seluruh negara. QB Empire menyasarkan seramai 20,000 ejen untuk kemasukan tahun 2023.
Menurut Qayra, pelbagai manfaat yang akan diperoleh para ejen yang bernaung di bawah QB Empire.
Jelasnya, sebanyak 10 buah kereta akan dihadiahkan kepada Top Leader QB Empire dalam satu majlis gilang gemilang yang akan diadakan Januari depan.
Ditanya mengenai perancangan tahun depan, QB Empire akan mengadakan promosi secara besar-besaran untuk memperkenalkan produk kepada orang ramai.
Sebagai pembuka tirai 2023, QB Empire memperuntukkan sebanyak RM1 juta untuk billboard yang akan dipasang di kawasan KB Mall, Kota Bharu, Kelantan dan juga promosi menerusi saluran digital seperti di radio THR Gegar serta kaca televisyen.
Mereka turut melantik Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul (Anju) sebagai duta yang akan membawa nama QB Empire dengan lebih meluas lagi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!