Mangsa banjir Pakistan dapat perhatian kapten England


Stokes akan menyumbangkan yuran perlawanannya daripada tiga siri perlawanan ujian kriket menentang tuan rumah Pakistan untuk membantu mangsa banjir di negara Asia itu.
Stokes akan menyumbangkan yuran perlawanannya daripada tiga siri perlawanan ujian kriket menentang tuan rumah Pakistan untuk membantu mangsa banjir di negara Asia itu.
A
A
A

KAPTEN England, Ben Stokes akan menyumbangkan yuran perlawanannya daripada tiga siri perlawanan ujian kriket menentang tuan rumah Pakistan untuk membantu mangsa banjir di negara Asia itu.

“Untuk kembali ke sini selepas 17 tahun adalah sangat mengujakan. Terdapat rasa tanggungjawab dalam kalangan pemain dan kumpulan sokongan kerana untuk berada di sini merupakan sesuatu yang istimewa.

“Banjir yang melanda Pakistan awal tahun ini amat menyedihkan untuk dilihat dan memberi impak besar kepada negara dan rakyat.

Sukan ini telah memberi saya banyak perkara dalam hidup dan tiba masa untuk saya memberikan sesuatu kembali yang melangkaui dunia kriket.

"Saya akan mendermakan yuran perlawanan daripada siri ujian ini kepada Tabung Rayuan Mangsa Banjir Pakistan. Diharap derma ini dapat membantu rakyat Pakistan yang terjejas berikutan banjir ini," kata Stokes.

Sebelum ini, 33 juta orang di Pakistan terjejas kehidupan berikutan banjir buruk sejak beberapa bulan kebelakangan ini, dengan pegawai di negara Asia menganggarkan kerosakan akibat hujan monsun lebat mengorbankan lebih 1,000 orang menyaksikan kerugian lebih daripada $40 bilion (RM180 bilion)

Perlawanan ujian pertama di Stadium Kriket Pindi, Rawalpindi pada Khamis menyaksikan England akan beraksi tanpa Mark Wood, yang mengalami kecederaan pinggul.

Kecederaan itu menyaksikan dia tidak dapat beraksi pada separuh akhir dan akhir Piala Dunia Twenty20 di Australia bulan ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!