Tiada king cobra di Taman Rekreasi Serting

Gambar sama turut tular mengatakan lokasi di Kuala Pilah selain di Jempol.
Gambar sama turut tular mengatakan lokasi di Kuala Pilah selain di Jempol.
A
A
A

JEMPOL - Tiada tangkapan ular 'king cobra' oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di sini seperti mana ditularkan menerusi media sosial di Taman Rekreasi Serting.

Perkara itu disahkan oleh Pegawai APM Daerah, Mohd Aliff Abd Ghani yang mana tiada rekod tangkapan ular tersebut menerusi laporan harian agensinya.

"Setakat ini, tiada laporan kerana setiap kes turut dimaklumkan melalui Grup WhatsApp operasi melainkan kes ular tedung hitam di Jambu 8, semalam.

"Bagaimanapun sekiranya benar ada, orang ramai disarankan menghubungi kami ditalian 064541175," katanya.

Mohd Aliff berkata, berharap orang ramai menghentikan menyebarkan maklumat tidak tepat sehingga menimbulkan kekeliruan juga kebimbangan terhadap penduduk setempat.

Sementara itu, gambar sama turut tular di lokasi lain di Kuala Pilah menerusi laman sosial Facebook dan sekali lagi menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!