Amaran ribut petir di sembilan negeri
KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak sehingga 5 petang Rabu.
MetMalaysia dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan kejadian hujan lebat dan ribut petir di Kedah dijangka berlaku di Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Pulau Pinang melibatkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
Di Perak, keadaan cuaca ribut dan hujan lebat dijangka berlaku di Kerian; Larut, Matang dan Selama; Hulu Perak; Kuala Kangsar; Kinta; Kampar dan Batang Padang.
Sementara di kawasan selatan, keadaan cuaca sama dijangka berlaku di Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau di Negeri Sembilan, serta di Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.
Di pantai timur, MetMalaysia turut meramalkan cuaca serupa di Terengganu, melibatkan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, manakala di Pahang melibatkan daerah Cameron Highlands, Jerantut, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
Di Malaysia Timur, ribut petir, hujan lebat dijangkakan melanda di Kuching, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro) di Sarawak; dan Kudat di Sabah. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!