Aaron, Wooi Yik sudah sedia gegar Bangkok

Aaron-Wooi Yik (kanan) sudah bersedia memberikan aksi terbaik pada Siri Jelajah Dunia Akhir BWF 2022. - Foto EPA
Aaron-Wooi Yik (kanan) sudah bersedia memberikan aksi terbaik pada Siri Jelajah Dunia Akhir BWF 2022. - Foto EPA
A
A
A

JUARA dunia beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melaungkan amaran bersedia untuk beraksi di kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2022 di Bangkok, Thailand minggu depan.

Malah menurut Aaron, persiapan untuk kejohanan terakhir tahun itu juga berjalan dengan lancar, namun ketika ini enggan menyatakan sasaran dalam kejohanan itu.

"Kami sudah bersedia untuk ke Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 minggu depan," katanya pada Rabu.

Untuk rekod, antara yang turut akan bersaing di Bangkok, pasangan nombor satu dunia dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan (Indonesia), Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi (China) dan gandingan profesional Malaysia, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.

Sebelum ini, Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky dilaporkan berharap Aaron-Wooi Yik dapat melepasi saingan peringkat kumpulan di kejohanan itu nanti.

Siri Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 yang menawarkan hadiah wang berjumlah AS$1,500,000 itu dijadualkan berlangsung di Arena Nimibutr dari 7 hingga 11 Disember.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!