Wanita ditemui tidak sedar diri dalam kereta

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang wanita ditemui tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta di Pasar Berek 12 Kota Bharu, kira-kira jam 11.55 pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, polis menerima panggilan daripada pihak kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini mengenai kejadian itu.

Menurut beliau, maklumat diterima melibatkan seorang mangsa berusia 37 tahun.

"Wanita itu disahkan meninggal dunia pada jam 12.20 tengah hari," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Rosdi memberitahu, siasatan awal mendapati wanita berkenaan berada dalam kereta Proton Saga di tempat letak kereta berhampiran pasar.

"Hasil bedah siasat di Unit Forensik HRPZ II mendapati wanita itu mengalami komplikasi akibat hormon tiroid yang tinggi sehingga mengakibatkan kematian.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!