Australia tamatkan kemarau 16 tahun
SKUAD Australia menamatkan kemarau 16 tahun untuk mara ke peringkat kalah mati saingan Piala Dunia selepas menewaskan Denmark 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan D Piala Dunia Qatar 2022.
Jaringan dari larian solo Mathew Leckie pada minit ke-60 berjaya memperdaya pemain pertahanan, Joakim Maehle sebelum melakukan rembatan leret menewaskan penjaga gol, Kasper Schmeichel.
Walaupun pemain Denmark cuba bangkit selepas itu, namun tiada gol berjaya dihasilkan sekali gus menyaksikan tiga mata mutlak menjadi milik pasukan Socceros.
Dengan kemenangan itu, Australia berjaya merampas kedudukan kedua Kumpulan D di belakang Perancis yang tewas mengejut kepada Tunisia 1-0 dalam satu lagi aksi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!