Khabar angin perpindahan Ronaldo tidak jejas Portugal

Ronaldo dilaporkan menjadi sasaran kelab gergasi Arab Saudi, Al Nassr.
Ronaldo dilaporkan menjadi sasaran kelab gergasi Arab Saudi, Al Nassr.
A
A
A

KHABAR angin perpindahan bernilai tinggi Cristiano Ronaldo ke kelab gergasi Arab Saudi, Al Nassr tidak memberikan kesan kepada rentak Portugal menjelang pertemuan menentang Korea Selatan dalam aksi terakhir Kumpulan H Piala Dunia pada Jumaat.

Penyerang Portugal, Andre Silva berkata, dia percaya Ronaldo dapat mengatasi situasi tersebut sekali gus memberikan aksi terbaik bersama pasukan kebangsaan.

"Persoalan itu tidak membimbangkan sesiapa selain Ronaldo. Ia tidak menjejaskan pasukan langsung.

"Dalam kes Ronaldo, dia adalah pemain yang sangat berpengalaman dan tahu bagaimana untuk menangani situasi seperti ini," katanya.

Pada Rabu, Ronaldo dilaporkan bakal menyertai menyertai Al Nassr dengan perjanjian lumayan sekitar £173 juta setahun.

Bagaimanapun, pemain berusia 37 tahun itu hanya akan memutuskan mengenai masa depannya selepas Piala Dunia berakhir.

Dalam pada itu, Silva juga menegaskan peranan Ronaldo bersama skuad Portugal amat ditagih walaupun sebelum ini Manchester United telah menamatkan kontrak bintang sensasi dunia itu.

"Cristiano adalah kapten kami. Dia adalah seorang ikon terpenting dalam bola sepak Portugal.

Artikel Berkaitan:

"Sudah tentu, ia sangat penting untuk dia terus bermain dalam pasukan dan menjadikan pasukan kami lebih kuat," katanya.

Portugal telah menempah tempat di peringkat kalah mati saingan Piala Dunia kali ini dan hanya memerlukan satu mata dalam perlawanan terakhir menentang Korea Selatan untuk menerajui kumpulan H.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!