Jaguh tinju Mexico mohon maaf kepada Messi

Lionel Messi
Lionel Messi
A
A
A

JAGUH tinju dunia dari Mexico, Canelo Alvarez memohon maaf kepada Lionel Messi selepas menuduh bintang Argentina itu tidak menghormati jersi dan bendera Mexico selepas skuad La Albiceleste menewaskan Mexico 2-0 dalam aksi Kumpulan C Piala Dunia Qatar 2022 pada Ahad lalu.

Dalam satu rakaman video, Messi dilihat secara tidak sengaja tertendang jersi Mexico yang berada berdekatan kakinya di dalam bilik persalinan selepas perlawanan berakhir.

Messi dikatakan tidak menghormati jersi dan bendera Mexico ketika di dalam bilik persalinan.
Messi dikatakan tidak menghormati jersi dan bendera Mexico ketika di dalam bilik persalinan.

Alvarez dikatakan amat marah dengan sikap Messi itu yang didakwa tidak menghormati jersi atau bendera Mexico dan mengugut agar pemain itu tidak bertembung dengannya.

Bagaimanapun, ugutan Alvarez itu mengundang kritikan daripada orang ramai menyebabkan dia mengeluarkan kenyataan maaf.

"Beberapa hari terakhir ini saya terbawa-bawa dengan semangat dan cinta yang saya rasakan untuk negara. Saya ingin memohon maaf kepada Messi dan rakyat Argentina.

"Setiap hari kami belajar sesuatu yang baharu dan kali ini giliran saya. Saya mendoakan kejayaan kedua-dua pasukan dalam perlawanan mereka," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!